Chong wajar berhenti kelirukan rakyat Sarawak tentang tawaran kepada Kerajaan Sarawak 0 5594

KUCHING: Berhenti daripada terus mengelirukan rakyat Sarawak, tegas Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Abdullah Saidol (gambar) kepada Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen.

Beliau menegaskan, setakat ini PH Sarawak terutamanya Ahli Parlimen mereka belum lagi membuat sebarang kenyataan yang signifikan atau boleh dipercayai mengenai corak pembayaran royalti seperti yang diumum oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sebaliknya mereka bercakap berbelit-belit dan membuat pelbagai kenyataan politik sukar diterima akal dalam usaha mereka yang sedaya upaya untuk mengelirukan rakyat Sarawak,” katanya hari ini dalam satu kenyataan mengulas satu laporan akhbar.

Akhbar itu melaporkan Chong berkata Kerajaan Sarawak belum menerima tawaran daripada Putrajaya untuk tujuan pengembalian hak autonomi negeri.

Abdullah memberitahu, memang benar Pakatan Harapan (PH) Sarawak mengemukakan tawaran pada 26 April lalu, dua minggu sebelum tarikh mengundi untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang dikemukakan Chong selaku pengerusinya.

Beliau menjelaskan antara lain, pada asasnya menyatakan PH Sarawak menawar untuk menunaikan dua janji penting kepada kerajaan Sarawak jika PH mengambil alih kerajaan persekutuan iaitu 20 peratus royalti dan 50 peratus daripada kesemua hasil cukai yang dikutip dari Sarawak.

Abdullah berkata jika kerajaan Sarawak menerima tawaran dari PH Sarawak ini, menurut Chong, kerajaan negeri mesti memikul tanggungjawab dan beban kewangan bagi pentadbiran semua perkara yang ada kaitan dengan kesihatan dan pendidikan.

“Saya berpendapat Chong langsung tidak tahu tentang apa yang beliau tawarkan. Ia sama sekali tidak munasabah. Kenapa kerajaan negeri Sarawak enggan melayan ‘perjanjian baru’ yang ditawarkan oleh PH Sarawak?

“Pertama sekali, apakah β€˜locus standi’ Chong atau PH Sarawak? Beliau sedang berurusan dengan kerajaan negeri semasa yang dipilih secara sah oleh rakyat,” kata Abdullah.

Chong sebenarnya ingin berurusan secara rasmi dengan sebuah Kerajaan Negeri manakala kedudukan PH Sarawak hanya sebuah pakatan politik, jelasnya.

Chong dan PH Sarawak tidak mempunyai kedudukan yang sah untuk berurusan bagi kerajaan persekutuan apatah lagi untuk mengikat kerajaan persekutuan dengan satu perjanjian dengan kerajaan negeri.

“Chong seharusnya sedar bahawa perkara-perkara melibatkan urusan kesihatan dan pendidikan adalah merupakan tanggungjawab kerajaan persekutuan seperti termaktub dalam Perkara 13 dan 14 di bawah Jadual Kesembilan, Senarai Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Adakah Chong atau PH Sarawak berupaya untuk meminda Perlembagaan Persekutuan?,” soalnya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14379

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8242

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news