Penjualan vape kepada individu bawah umur dikenakan tindakan-KKM 0 5819

KUALA LUMPUR:Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati menjual rokok elektronik atau vape kepada remaja bawah umur 18 tahun, kata Timbalan Menteri Kesihatan (KKM) Dr Lee Boon Chye.

KKM katanya memandang serius isu penularan penggunaan vape dalam kalangan remaja dan gejala itu perlu ditangani segera kerana dikhuatiri akan menimbulkan gejala sosial yang besar pada masa akan datang.

“Paling bimbang apabila kita lihat murid sekolah dan remaja tertarik dengan vape jadi kita akan ambil tindakan kepada mereka yang menjual vape kepada individu bawah umur 18 tahun kerana ia boleh jadi masalah sosial besar, kalau bukan sekarang mungkin pada masa depan,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Program Forum CEO Asia di sini, hari ini.

Sebelum ini, KKM dilapor akan memperkenal undang-undang baharu yang dinamakan Akta Tembakau bagi mengawal selia penggunaan tembakau, vape, rokok elektronik serta sisha dan akta tersebut akan dibentangkan dalam masa terdekat.

Menyentuh peluasan kawasan merokok, Dr Lee berkata tindakan drastik termasuk menyaman perokok tidak akan diambil buat masa ini kerana objektif utama adalah mengutamakan kesedaran masyarakat supaya tidak merokok di restoran dan premis makanan.

Tambah beliau walaupun wujud ketidakpatuhan kepada peraturan tersebut khususnya golongan masyarakat di luar bandar, usaha didikan ini akan tetap diteruskan sehingga 1 Jan 2020.

KKM juga menyediakan perkhidmatan melalui 731 klinik kesihatan di seluruh negara dengan hanya perlu membayar RM1 untuk mendapatkan nasihat doktor bagi mengawal ketagihan merokok. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13849

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13019

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news