Croatia jumpa Rusia di suku akhir Menang sepakan penalti 3 2 ke atas Denmark selepas terikat 1 1 dalam permainan sebenar 0 3293

MOSCOW – Nasib memihak kepada Croatia apabila berjaya melangkah ke suku akhir Kejohanan Piala Dunia 2018 FIFA selepas menewaskan Denmark 3-2 menerusi penentuan penalti pada perlawanan pusingan 16 pasukan terbaik di Stadium Nizhny Novgorod, Rusia awal pagi ini.

Penjaga gol, Danijel Subasic menjadi wira Croatia dengan menyelamatkan tiga sepakan penalti pemain Denmark, Christian Eriksen, Lasse Schöne dan Nicolai Jørgensen manakala Andrej Kramarić, Luka Modric dan Ivan Rakitic menyempurnakan sepakan masing-masing untuk kejayaan pasukan No. 20 dunia itu.

Kedua-dua pasukan memperoleh gol masing-masing dalam masa lima minit pada awal permainan, sekali gus menjadikan kedudukan 1-1 sehingga tamat permainan sebenar sebelum disambung ke masa tambahan.

Denmark terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Mathias Jorgensen seawal minit pertama hasil situasi kelam kabut di depan pintu gol Croatia.

Namun, Croatia membalas jaringan tersebut empat minit kemudian hasil percubaan penyerang Mario Mandzukic pada minit ke-4.

Croatia bagaimanapun berpeluang menamatkan perlawanan ini lebih awal apabila dihadiahkan sepakan penalti lima minit sebelum babak kedua masa tambahan tamat.

Namun, sepakan kapten mereka, Modric berjaya diselamatkan penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel, sekali gus memaksa perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti.

Kemenangan ini menyaksikan Croatia akan bertemu Rusia di suku akhir selepas tuan rumah itu turut menewaskan lawannya, Sepanyol menerusi sepakan penalti 4-3.

Anak buah Zlatko Dalić itu berpeluang menyamai pencapaian terbaik mereka dengan mara ke separuh akhir pada 1998 di Perancis sekiranya mampu menewaskan Rusia di suku akhir nanti.

Bagi Denmark pula, kekalahan ini menyaksikan mereka gagal mengikut jejak skuad 1998 yang berjaya melepasi peringkat kalah mati ini sebelum terkandas di suku akhir. – K! ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15405

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news