Cubaan PATI seludup 100 ekor ayam hidup gagal di Serian 0 5646

SERIAN: Cubaan dua pendatang asing tanpa izin (PATI) menyeludup keluar 100 ekor ayam berjaya dipatahkan anggota dari Batalion ke-13 Rejimen Askar MelayuDiraja (13 RAMD) iaitu kira-kira 700 meterdari sempadan Malaysia-Indonesia di sinihari ini.

Pegawai Memerintah 13 RAMD Lt Kol Ismahizan Ishak berkata, kedua-dua suspek berusia 40 tahun yang menaiki sebuah lori ditahan sekitar jam 12.30 tengah hari.

“Pasukan ronda berjaya mengesan sebuah lori jenis dua tan yang dilihat dalam keadaan mencurigakan di kawasan Am Tetangga Akrab Daerah Serian.

“Semasa ditahan didapati terdapat dua lelaki (pemandu dan kelindan) dan turut ditemui sejumlah 100 ekor ayam tanpa permit yang sah.

“Pemeriksaan lanjut juga mendapati kedua-dua suspek berasal dari Indonesia dan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, kedua-dua PATI terbabit bersama kesemua barang rampasan yang dianggarkan mencecah RM41,500 kemudian diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian untuk tindakan lanjut. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15222

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news