Abdullah Saidol kecewa tiada wakil Sarawak dilantik menteri 0 5482

KUCHING: Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol kecewa dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mengetepikan Ahli Parlimen PH dari Sarawak dalam barisan kabinet baharu mereka.

Menurut Abdullah, walaupun beliau berlainan pendirian politik dengan Ahli Parlimen PH dari Sarawak, namun sebagai rakyat negeri ini beliau agak kecewa dengan percaturan tersebut.

“Melihat kepada cara Chong Chieng Jen menonjolkan diri beberapa hari yang lalu, saya sangka beliau akan dilantik sebagai menteri dalam kabinet persekutuan baharu atau mungkin Ahli Parlimen PH yang lain dari Sarawak.

“Chong adalah pengerusi PH Sarawak tetapi beliau tidak dipedulikan oleh kerajaan PH yang baharu di Putrajaya.

“Walaupun berlainan pendirian politik dengan Chong, sejujurnya saya kecewa kerana kerajaan persekutuan PH ternyata tidak menghormati rakyat negeri ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambah Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, beliau menghormati keputusan rakyat yang mahu mengubah kerajaan persekutuan dan kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia.

“Ramai orang berpendapat demokrasi di Malaysia tercemar dan Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) kerap dikritik tetapi pilihan raya demokratik di negara kita ternyata sihat dan setakat ini keadaan nampak berjalan dengan aman.

“Bagaimanapun banyak yang boleh diperkatakan mengenai cara kempen politik yang telah dijalankan pada Pilihan Raya Umum lalu yang bersejarah dan akan diingati kerana banyak sebab.

“Antara lain kempen politik pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini adalah antara yang paling kotor, ganas dan keji pernah dialami rakyat Malaysia,” katanya.

Jelas Abdullah lagi, beliau tidak pasti sama ada rakyat majmuk di Malaysia yang pelbagai agama dan kaum akan melihat satu sama lain seperti sebelum ini.

Katanya begitu banyak kebencian di tabur tanpa henti oleh ahli politik yang jahat dan tidak berhati perut. 

Masa katanya, akan menentukan bagaimana masyarakat kita akan pulih dan berkembang secara harmoni atau sama ada prejudis bertambah buruk – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13505

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8151

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news