Cubaan seludup 5 ekor anak buaya ke Semenanjung gagal 0 5828

SIBU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) menggagalkan percubaan menyeludup lima anak buaya ke Semenanjung selepas mengesan ada `benda hidup’ di dalam dua kotak ketika melalui proses pemeriksaan di Lapangan Terbang Sibu, semalam.

Ia dipercayai dilakukan penyeludup haiwan eksotik dengan mengisytiharkan dua kotak yang dihantarnya ke Semenanjung menerusi syarikat kurier, mengandungi ikan.

Jurucakap Sarawak Forestry Corporation (SFC), berkata beberapa hari lalu, syarikat kurier terbabit menerima dua kotak polisterina berwarna putih yang di luarnya tertera tulisan `mengandungi ikan’.

Syarikat kurier terbabit kemudian meneruskan prosedur penghantaran dan menyerahkan kotak terbabit kepada Kastam untuk kelulusan penghantaran melalui Lapangan Terbang Sibu.

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut Kastam mendapati lima anak buaya berukuran kurang 30 sentimeter di dalam kotak berkenaan.

“Penemuan itu kemudian dimaklumkan kepada pejabat SFC di Sibu dan kami cuba menghubungi pengirim berdasarkan butiran yang dinyatakan di dalam borang, namun nombor telefon pengirim itu gagal dihubungi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu katanya, laporan polis dibuat untuk tindakan selanjutnya kerana tindakan itu jelas adalah percubaan untuk menyeludup haiwan eksotik.

Buaya dilindungi mengikut Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 di Sarawak dan denda maksimum RM10,000 serta penjara setahun akan dikenakan jika sabit kesalahan memburu, membunuh, memelihara, menjual atau memakan haiwan yang dilindungi.

Bagaimanapun, buaya di negeri ini kini dikategorikan mengikut Apendiks II Konvensyen Mengenai Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam di Fauna dan Flora Liar (CITES) yang membolehkan penangkapan buaya liar untuk perdagangan.

Namun, lesen atau permit mesti diperoleh daripada pihak berkuasa berkaitan sebelum melakukan sebarang aktiviti penangkapan atau perdagangan. -Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13139

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12511

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news