Cucu Brooke jatuh hati dengan Sarawak 0 6344

KUCHING: Cucu perempuan Rajah Putih Sarawak Ketiga Charles Vyner Brooke (CV Brooke) kagum dan jatuh hati dengan keunikan rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

Lady Roberta Simpson kini berusia 82 tahun, merupakan cucu perempuan CV Brooke dari anak keduanya, Elizabeth Brooke dengan pasangan Harry Boy.

Sebelum ini, beliau hanya sering mendengar cerita tentang keunikan dan keharmonian serta kemesraan rakyat Sarawak dari neneknya, Ranee Sylvia Brett Brooke.

Namun, kini beliau datang ke Sarawak untuk melihat dan merasai sendiri keunikan suasana hidup di negeri ini dan ia merupakan kali pertama beliau menjejak kaki ke sini.

Malah, Roberta sering melihat lukisan-lukisan tentang rakyat dan alam sekitar Sarawak yang dilukis sendiri neneknya seperti lukisan gadis dan pahlawan Dayak serta Gunung Santubong.

“Cerita yang menarik perhatian saya yang diceritakan oleh nenek saya adalah tentang rakyat yang berbeza kaum dan memburu dan beliau ada gambar potret yang sangat cantik.

Roberta berkongsi kisah kali pertamanya menjejaki kaki ke Sarawak.
Roberta berkongsi kisah kali pertamanya menjejaki kaki ke Sarawak.
“Wanita Sarawak merupakan wanita tercantik di dunia katanya dan beliau ada lukisan wanita yang sangat cantik dan saya masih ingat lukisan pahlawan Dayak dan lukisan lain, Gunung Santubong yang sangat cantik yang dilukis nenek saya,” katanya pada sidang media bersama saudaranya Jason Brooke (Pengarah Yayasan Brooke dan Muzium Brooke) di Rumah Mahkamah Lama di sini hari ini.

Pada masa sama Roberta menyukai kesemua program lawatannya ke negeri ini yang mana beliau berkunjung di beberapa lokasi bersejarah yang ada di bandar raya ini termasuk tempat menarik seperti Taman Negara Bako, Kampung Budaya Sarawak, Pantai Santubong, Fort Margherita dan Astana Negeri, antara lain.

“Saya amat suka datang ke sini kerana setiap program yang diaturkan sangat menarik untuk saya, malahan penduduk di sini mengalu-alukan kedatangan saya di sini.

“Saya sayang mereka dan barulah saya faham sekarang mengapa datuk dan keluarga saya terlalu banyak bercerita tentang Sarawak. Ini kerana mereka cintakan rakyatnya bukan hanya sekadar cintakan negara Sarawak,” tambahnya.

Malah, beliau amat gembira dengan sambutan mesra dari rakyat Sarawak yang diterimanya sepanjang melawat ke negeri ini.

“Saya tahu sejarah keluarga saya tetapi tidak secara terperinci tentangnya, namun saya boleh memberitahu apabila saya datang ke sini dan berjumpa dengan rakyat Sarawak adalah satu kenangan yang amat menarik dan indah serta bermakna dalam hidup saya.

“Bagaimana rakyat amat menyanyangi antara satu sama lain itu memang pelik tetapi rakyat Sarawak sangat harmoni dan mesra kepada sesiapa sahaja, sangat menarik dan indah,” ujarnya. – Utusan Borneo Online

Roberta berkongsi kisah kali pertamanya menjejaki kaki ke Sarawak
Cucu perempuan Rajah Putih Ketiga Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12999

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12473

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news