Mayat dalam bagasi: Suspek kedua dibebas, jadi saksi kes 0 6342

KUCHING: Mahkamah Majistret Bau hari ini mengarahkan suspek kedua kes mayat dalam bagasi, wanita berusia 55 tahun, dibebaskan dan dijadikan saksi bagi kes tersebut.

Majistret Nuraini Ahmad hari ini membenarkan wanita itu dibebaskan dengan jaminan mahkamah RM5,000 serta seorang penjamin tempatan.

Dia juga diarahkan untuk menjadi saksi utama dan memberi keterangan bagi kes bunuh itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Mohd Farid manakala wanita berkenaan diwakili peguam Shankar Ram Asnani dan Daniel Ling.

Wanita berkenaan pada awalnya disyaki terlibat dalam kes bunuh seorang tukang jahit yang mayatnya ditemukan dalam beg bagasi di tebing sungai di Kampung Pangkalan, Bau.

Dia diberkas sekitar jam 9.30 malam 20 Julai lalu di kawasan Stampin oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

Menurut fakta kes, pada 19 Julai lalu, satu beg berwarna hitam dijumpai terapung di bawah Jambatan Sungai Sarawak Kanan, Kampung Pangkalan Bau.

Setelah beg tersebut ditarik, terdapat bau busuk dan darah yang keluar daripada beg berkenaan.

Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat satu mayat lelaki yang memakai pakaian berwarna hitam, seluar warna kelabu dan kepala dibalut dengan pita pelekat berwarna kuning serta tangan diikat.

Ketua JSJ Sarawak SAC Denis Leong mengesahkan mangsa dikenali sebagai Wong Sie Tuang yang berumur dalam lingkungan 50-an. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news