Sarawak miliki bekalan rizab gas sehingga 17 tahun lagi 0 6462

KUCHING: Rizab gas negeri yang ditemui dianggarkan boleh memberi bekalan untuk tempoh 15 hingga 17 tahun akan datang pada kadar pengeluaran tahunan sebanyak 5,000 MMscf sehari, kata Menteri Muda Hal Ehwal Korporat Abdullah Saidol.

Beliau berkata minyak dan gas di Sarawak menggunakan piawaian nisbah rizab kepada pengeluaran kepada kadar pengurangan terserlah.

Sehubungan itu, katanya penting bagi negeri ini melalui Petroleum Sarawak Berhad (Petros) menguatkuasakan pengawasan dan melindungi kepentingan minyak dan gasnya.

“Pada masa ini, Petros menyasarkan penyertaan dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) untuk beberapa aliran penjanaan pendapatan di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Aidel Lariwoo pada sesi soal jawab persidangan DUN Sarawak di sini semalam.

Gambar fail
Abdullah berkata Sarawak menyumbang 52.7 peratus sumber gas kepada rizab negara dan merupakan negeri pengeluar gas asli terbesar di Malaysia, iaitu pada 52.89 TSCF daripada jumlah keluaran negara pada 2017.

Beliau berkata Sarawak juga merupakan penyumbang terbesar melalui aliran pendapatan rizab gas tersebut daripada lojinya di Bintulu-MLNG dan Shell MDS.

Bagi menambah penyertaan negeri dan pendapatan daripada rizab gas, katanya PETROS telah diberi mandat oleh kerajaan negeri untuk memainkan peranan sebagai pengawal selia utama dan pemain aktif PSC gas negeri ini.

“Petros akan mengukuhkan pengawasan sumber-sumber gas melalui Strategi Jaringan Bersepadu, mengimbangi bekalan huluan dengan penggunaan hiliran dan pendapatan yang disasarkan,” katanya.

Abdullah berkata peranan dan portfolio perniagaan Petros disokong oleh kerajaan negeri yang ingin meningkatkan sumbangan pendapatan daripada hasil minyak dan gas kepada jumlah pendapatan negeri ini.

Katanya pendapatan negeri daripada hasil minyak dan gas kira-kira RM3 bilion hingga RM4 bilion setahun. — BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13216

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12677

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news