Dada saya asli- Elly Mazlein 0 5878

PENYANYI, Elly Mazlein, ketika menghadiri sidang media Mentor Otai di ibu kota, hari ini – Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Elly Mazlein, menafikan dakwaan kononnya beliau melakukan pembedahan untuk membesarkan payudaranya.

Sambil tergelak besar mendengar pertanyaan itu, Elly, 38, berkata beliau tidak pernah melakukan prosedur terbabit demi kecantikan diri.

“Dada saya adalah asli dan ia berkeadaan begitu kerana anak saya, Putri Sarah Sefhia, masih lagi menyusu badan.

“Lagipun, tiada sebab untuk saya membuat sebarang perubahan.

“Kalau ada yang masih sangsi dan terus membuat tuduhan bukan-bukan, saya tak kisah. Terpulanglah pada mereka,” kata Elly ketika ditemui pada majlis sidang media Mentor Otai di sebuah pusat hiburan terkemuka, di sini hari ini.

Diusik dengan pertanyaan, adakah beliau gusar andai netizen menggelarkan dirinya sebagai simbol seks hanya kerana bentuk fizikalnya itu, Elly bersikap terbuka dalam hal terbabit.

“Lantak apa orang nak kata. Saya malas nak fikir kerana saya sudah melalui banyak kontroversi sebelum ini. Mulut orang bukannya boleh ditutup,” katanya.

Terdahulu, penyanyi Usah Ditambah Bara Tersimpan ini dipilih sebagai pengacara program mingguan itu, bersama-sama penyampai Hot FM, Haziq Husni.

Mentor Otai yang akan bersiaran di TV3 membariskan penyanyi Misha Omar, Siti Sarah, Zarul Husin dan Tam Spider sebagai mentor.- Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13394

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8127

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news