Shah Rukh Khan lakon watak lelaki kerdil dalam filem terbaharu 0 6140

MUMBAI : Lakonan bintang handalan Bollywood, Shah Rukh Khan sebagai orang kerdil dalam filem terbaru yang akan ditayangkan minggu ini diharap mampu mencipta kutipan pecah panggung selepas ketandusan kejayaan seperti itu akhir-akhir ini.

Filem bertajuk `Zero’ itu yang bakal menemui penonton esok mengisahkan percintaan tiga segi ikon perfileman Hindi berkenaan bersama aktres Anushka Sharma dan beliau turut mengalami perubahan saiz hasil penggunaan kesan khas.

Pengarah AanandL. Rai percaya beliau berjaya membawa aktor dikenali dengan gelaran ‘King Khan’ itu keluar dari zon selesa apabila melakonkan watak setinggi 90 sentimeter.

“Kisah seperti ini yang menceritakan perjalanan cinta seorang lelaki memerlukan lakonan hebat daripada aktor seperti beliau. Dengan memilihnya, kami mencabar King Khan membuktikan kemampuan melakonkan watak itu,” kata Rai.

Zero yang banyak menggunakan kesan khas menampilkan Sharma sebagai pakar sains Pengurusan Angkasa Lepas dan Aeronautikal Nasional (NASA) tetapi menghidap penyakit ‘cerebral palsy’ manakala aktres Katrina Kaif melakonkan watak pelakon Bollywood dengan masalah ketagihan alkohol.

Bauua Singh lakonan Shah Rukh pula berdepan masalah mencari pasangan hidup akibat ketinggian dan menjalinkan hubungan rapat dengan kedua wanita berkenaan ketika cuba mencari cinta sejati.

Ia adalah filem pertama Khan selepas ‘Jab Harry Met Sejal’ tahun lalu manakala dua filem terdahulu iaitu ‘Raees’ (2017) dan ‘Fan’ (2016) tidak mencatat kejayaan yang diharapkan.

Kutipan pecah panggung terakhir aktor berusia 53 tahun itu adalah menerusi filem ‘Dilwale’ pada tahun 2015 dan ‘Zero’ yang menelan kos dua bilion rupee (RM110.88 juta) dilihat turut memberi kesan terhadap beliau.

“Jika orang ramai merasakan ‘Zero’ amat penting untuk saya, itu adalah perasaan mereka,” kata Shah Rukh dalam temu bual bersama majalah Hindustan Times baru-baru ini.

Shah Rukh mula menjadi sebutan pada pertengahan tahun 90an menerusi siri filem romantik seperti ‘Dilwale Dulhania Le Jayenge’ dan ‘Kuch Kuch Hota Hai’. – AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12979

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12259

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news