LONDON, England:Manchester United berdepan satu usaha bagi meyakinkan penjaga gol David de Gea untuk terus kekal di Old Trafford selepas berakhir kontrak semasanya.
United akan menguatkuasakan pilihan untuk melanjutkan kontrak semasa penjaga gol antarabangsa Sepanyol itu kepada 12 bulan sehingga akhir musim hadapan.
Tetapi rundingan untuk kontrak baharu jangka panjang masih gagal mencapai kesepakatan dan United kini dalam bahaya kehilangan De Gea tanpa sebarang yuran perpindahan pada Jun 2020 atau terpaksa menjual lebih awal.
United bagaimanapun masih mempunyai masa untuk memujuk De Gea di mana masa depan jangka beliau adalah lebih baik di United.
Tetapi penjaga gol yang akan mencecah usia 28 tahun pada bulan hadapan itu mahu bersaing kejuaraan di peringkat ligadomestik dan Eropah dengan United ketika ini bergelut memberikan apa yang beliau mahukan.
Dan dengan masa depan pengurus United, Jose Mourinho juga tidak terjamin, De Gea kelihatan keberatan mengesahkan komitmen masa depannya di kelab yang masih bermasalah dalam dan luar padang.
Mourinho dikatakan sudah kehilangan sokongan dari sejumlah besar pemainnya tetapi walaupun jika pengurus baharu dilantik, De Gea memerlukan prestasi terbaik mendadak United untuk mengubah fikirannya untuk terus kekal.
United bangkit dari ketinggalan 0-2 sebelum menewaskan Newcastle United 3-2 dalam aksi Liga Perdana Sabtu lepas tetapi mereka ketika ini ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu liga, Manchester City.United akan menentang Chelsea di Stamford Bridge pada 20 Oktober depan.
De Gea dibeli oleh bekas pengurus, Alex Ferguson dari Atletico Madrid pada 2011 tetapi ia sudah lima tahun setengah di mana beliau memenangi kejuaraan tunggalnya – Liga Perdana Inggeris – bersama United. Kelab juga ada memenangi Piala FA, Piala Liga dan Liga Europa sejak itu tetapi ia masih belum memuaskan hati De Gea. — Reuters