Zahid Hamidi hadir beri keterangan di SPRM Putrajaya 0 7531

PUTRAJAYA: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir untuk memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Beliau tiba pada kira-kira 9.20 pagi dengan menaiki kenderaan berwarna putih tanpa polis pengiring.Media sebelum ini melaporkan beliau dikehendaki hadir ke ibu pejabat badan antirasuah itu bagi membantu siasatan dakwaan penyelewengan dana sebuah yayasan.

Diiringi beberapa pegawai SPRM, Ahmad Zahid terus masuk ke dalam bangunan dengan puluhan wakil media tempatan dan antarabangsa hadir membuat liputan.

Isnin lepas, Ahmad Zahid menerusi catatan Twitter berkata beliau akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM.Ahmad Zahid turut memberi keterangan kepada SPRM pada Julai lalu.– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13212

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12674

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news