Di mana saja lahir, anak Sarawak layak dapat RM1,000 0 8362

KUCHING: Pemberian insentif sebanyak RM1,000 secara sekali beri akan disalurkan kepada setiap anak Sarawak, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Tun Openg.

Menurut beliau, pemberian insentif itu sebagai galakkan kepada warga Sarawak melahirkan anak, sama ada di negeri atau di luar, agar lebih ramai anak Sarawak yang bijak dan kuat mempertahankan negeri ini.

“Bermula hari pertama tahun hadapan, semua kelahiran baharu rakyat Sarawak tanpa mengira kaum, agama dan status sosial akan mendapat intensif RM1,000 sekali.

“Wang ini akan dilabur dan hanya boleh dikeluarkan apabila pemiliknya mencapai usia 18 tahun dengan tujuan utamanya ialah untuk melanjutkan pendidikan,” katanya.

Abang Johari yang juga Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Beliau berkata pemberian intensif itu selain menyediakan simpanan pendidikanmasa depan anak Sarawak ia juga satu galakan rakyat melahirkan lebih ramai anak.

“Saya memperkenalkan idea ini untuk menggalak rakyat Sarawak mempunyai ramai anak supaya kita mempunyai ramailagi anak Sarawak yang gagah serta bijak mempertahankan kepentingan Sarawak pada masa akan datang,” ujarnya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13941

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13098

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news