Diam dan tidak ceria rupanya petanda pemergian selamanya Catherine 0 5857

BAU:  Pemergian mendiang Catherine Janet Tiwi bukan sahaja dirasai ahli keluarga tetapi penduduk Kampung Skio turut bersedih dengan insiden menyayat hati itu.

Catherine yang berangkat dari kampungnya pada Isnin bagaimanapun terkorban dalam kejadian kebakaran di kuarters kediaman guru Sekolah Kebangsaan Batu Bungan, Mulu pada Rabu.

Datuk mendiang, Simon Jugei ketika ditemui tidak dapat menggambarkan keadaan sebaik sahaja menerima pemergian cucunya itu dan hampir pitam sekejap kerana terlalu terkejut apabila menerima berita sedih.

Menggambarkan Catherine sebagai seorang yang amat ceria dan penyayang sehingga disenangi penduduk kampungnya itu, Simon yang sebak menjelaskan, dia tidak dapat menerima berita berkenaan kerana mendiang yang baharu sahaja berangkat ke Miri.

“Dia (Catherine Janet) baharu sahaja balikpada Isnin lepas dan tiba-tiba menerima berita pemergiannya selang dua hari, memang satu berita yang saya sendiri tidak dapat terima.

“Apabila saya dapat tahu mengenai pemergiannya semalam, saya terduduk sejenak dan hampir pengsan kerana saya macam tidak percaya apa yang berlaku. Tapi Tuhan sudah memanggilnya,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo di kediamannya di Kampung Skio di sini, hari ini.

Simon berkata, antara perkara paling ketara perubahan pada mendiang pada kali terakhirnya pulang adalah pada malam majlis hari jadi adiknya sebelum berangkat ke Miri.

Datuknya menjelaskan pada malam berkenaan, Catherine Janet yang merupakan seorang ceria seolah-olah banyak berdiam diri dan seperti banyak perkara difikirkan.

“Malam itu semasa sambutan hari jadi adiknya, selepas makan, dia duduk di meja sorang dan sangat diam selain macam banyak berfikir.

“Catherine sangat rapat dengan saya sejak kecil. Saya sangat merasai kehilangannya.”Tapi mungkin Tuhan telah memanggilnya dan mendiang cukup baik orangnya dan disenangi semua pendudukkampung.

Dia aktif dalam semua aktiviti diadakan terutama berkaitan keagamaan,” katanya.Suasana pilu menyelubungi rumah mangsa yang dipenuhi oleh ahli keluarga terdekat selain saudara mara mangsa datang berkumpul menunggu ketibaan mayat mangsa yang diterbangkan dari Miri petang ini.

Difahamkan mayat mangsa diiringi kedua-dua ibu bapanya dari Miri yang berlepas pada jam 4.40 petang yang dijangka tiba sejam kemudian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) untuk dibawa ke kampungnya di Kampung Skio.

Dalam kejadian itu, Catherine terkorban ketika cuba bertindak menyelamatkan dua orang rakannya.Mayat mendiang akan diterbangkan menggunakan pesawat kargo MH2803 yang berlepas dari Miri jam 4.40 petang ini dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada jam 5.40 petang.

Turut mengiringi jenazah mendiang ialah bapanya, Tiwi Nios, 53, yang juga Pegawai Bomba Kanan di Balai Bomba Bau dan ibu, Wency Seimon, 48. Jurucakap keluarga itu memberitahu upacara pengebumian dijangka dilaksanakan pada hari Sabtu ini, jam 1 petang, di kawasan perkuburan Kampung Skio, Jalan Jambusan, Bau.

Tiwi tidak dapat menahan sebak ketika menguruskan mayat anaknya.Sementara itu, suasana pilu terus menyelubungi rumah mayat Hospital Miri apabila rakan-rakan guru yang bersama dengan mendiang semasa masih menuntut di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Miri, turut datang menyampaikan ucap takziah kepada ahli keluarganya dan memberikan penghormatan terakhir kepada Catherine.

Selain itu, rakan-rakan guru, tempat di mana beliau melakukan praktikal iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baru, Miri, semasa menuntut di IPG Kampus Miri di sini, turut mengunjungi keluarga dan memberi penghormatan terakhir mereka.

Turut hadir memberikan penghormatan mereka ialah rakan-rakan guru dari sekolah-sekolah rendah dan menengah sekitar Miri, yang melahirkan simpati mereka ke atas tragedi hitam dalam dunia pendidikan di negeri ini, dalam tempoh 20 tahun ini, selepas tragedi di SK Abang Moh, Sessang pada 1996.

Catherine, 25, merupakan lepasan IPG Kampus Miri pada tahun 2016, dan SK Penghulu Baya Mallang di Long Terawan, Mulu merupakan sekolah pertama tempat beliau mengajar.

Mangsa bersama empat orang lagi guru dari SK Penghulu Baya Mallang berada di SK Batu Bungan sebagai guru pengiring bagi kem motivasi pelajar, yang dijadualkan berakhir pada 28 Julai ini.

Dalam pada itu, seorang lagi rakannya yang tercedera, Nur Syuhada Azahari, 27, masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Miri, manakala Siti Masrina yangmelecur di tapak kaki, semakin stabil dan dirawat di Klinik Desa di Mulu. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15402

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8418

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news