Diikat dan disamun, lima sekeluarga berhadapan detik cemas di samun penyamun di Serian 0 6162

KUCHING: Lima sekeluarga berhadapan detik getir dan cemas apabila tiga lelaki bersenjatakan parang memecah masuk rumah mereka untuk merompak pada kira-kira pukul 4.00 pagi hari ini.

Keluarga yang terdiri daripada suami isteri dan tiga anak mereka diikat menggunakan wayar dan kain tuala dalam satu insiden di Kampung Riih Mawang, Serian dekat sini.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis berkata perompak tersebut melarikan sebuah kereta, wang tunai RM400.00, empat telefon bimbit dan dua tabung syiling.

Beliau dalam satu kenyataan turut memberitahu rumah itu juga merupakan sebuah kedai makan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan usaha menjejaki kesemua suspek sedang giat dijalankan,” katanya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12932

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12218

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news