Raptai perarakan Perayaan Ulang Tahun TYT berjalan lancar 0 7115

SIBU: Sesi raptai penuh sempena acara Sambutan Perayaan Ulang Tahun Ke-82 Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud hari ini berjalan lancar walaupun dalam hujan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E- Dagang Dato Sri Wong Soon Koh menyaksikan sesi raptai tersebut yang diadakan di Dataran Bandar Sibu.

Beliau yang juga menteri bertanggungjawab kepada sambutan kali ini turut ditemani Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh bagi meninjau persiapan terakhir menjelang majlis sambutan pada Sabtu ini.

Pada tahun ini, sebanyak 122 kontijen mengambil bahagian dalam perarakan yang disertai oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Acara perarakan sempena sambutan itu pada Sabtu ini dijadual bermula pada pukul 8.00 pagi dengan ketibaan Taib bersama isterinya Toh Puan Ragad Kurdi Taib di Dataran Sibu.

Tun Pehin Sri Taib akan disambut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersama tetamu kehormat lain.Ketibaan Tun Pehin Sri Taib dan isteri akan diiringi dengan 17 das tembakan.

Ini diikuti dengan nyanyian lagu Negarakudan persembahan selamat datang serta majlis doa seterusnya, pemeriksaan perbarisan kontinjen yang mengambil bahagian oleh Yang di-Pertua Negeri.

Tiga helikopter Nuri juga akan melakukan penerbangan lintas hormat membawa bersama bendera negara dan juga negeri.Ini diikuti dengan perarakan oleh kontinjen dan ucapan oleh Ketua Menteri serta majlis memotong kek hari jadi. – Utusan Borneo Online

Gambar-gambar semasa raptai.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13010

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news