Disangka babi hutan, lelaki maut ditembak rakan sendiri ketika berburu 0 6290

SIBU: Seorang lelaki maut selepas terkena tembakan rakannya ketika berburu di di kawasan Putai di Kapit, petang Sabtu.

Mangsa dikenali sebagai Liee Amat, 40, dari Rumah Roma, Sungai Ranan di Kanowit.

Pada hari kejadian iaitu sekitar 3 petang selepas tiba di Putai, empat daripada mereka turun ke sungai bagi memasang pukat, sementara mangsa dan suspek masuk ke hutan untuk memburu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kapit DSP Freddy Bian, siasatan awal mendapati mangsa dan suspek telah berpecah di lokasi memburu.

“Suspek terdengar bunyi haiwan bergerak di kawasan berlukar sebelah kanan dalam lebih kurang 100 kaki dan menyangka ia merupakan seekor babi hutan.

“Tanpa berfikir panjang, dia terus melepaskan tembak dan terdengar suara rakanya menjerit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Freddy berkata, suspek yang berlari ke arah bunyi tersebut kemudian mendapati rakannya terbaring dalam keadaan berlumurah darah.

Menurutnya, mangsa kemudian keluar dari hutan untuk memanggil empat lagi rakan di sungai bagi meminta bantuan.

“Bagaimanapun, apabila tiba di lokasi, mereka mendapati rakan mereka tidak bernyawa lagi,” katanya.

Suspek dan empat lagi rakannya membawa keluar mayat rakan mereka dari hutan sebelum membuat laporan polis dan menyerahkan mayat kepada polis.

Suspek berusia 44 tahun dikatakan berasal dari rumah panjang yang sama dengan mangsa.

Freddy berkata, siasatan awal mendapati senapang yang digunakan adalah milik suspek dan mempunyai lesen berdaftar.

“Pihak kita telah mengambil keterangan dari suspek dan empat rakannya yang lain. Kita telah menahan suspek dan merampas barang-barang kes.

“Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Kapit dan kita akan memohon reman,” katanya sambil menambah siasatan masih diteruskan – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13857

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13026

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news