Doktor di Miri rugi RM5,500 diperdaya ‘Macau Scam’ 0 5944

MIRI: Seorang doktor di sini mengalami kerugian RM5,500 setelah diperdaya sindiket ‘Macau Scam’.

Wanita berusia 27 tahun itu menerima panggilan pada 31 Disember 2018 daripada seorang lelaki yang mendakwa bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata suspek mendakwa mangsa terlibat dalam kejadian langgar lari di mana kereta tersebut disewa atas nama mangsa.

“Mangsa memberitahu yang mangsa tinggal di Miri dan tidak pernah ke Johor. Selepas itu telefon disambungkan kepada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya Inspektor Makmur dan suspek mengatakan mangsa terlibat dengan kes dadah dan ada waran tangkap.

“Suspek mengatakan sekiranya hendak menangguhkan kes tersebut mangsa dikehendaki membayar sejumah RM5,500 kepada suspek,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mustafa berkata mangsa memindahkan wang berjumlah RM5,500 secara dalam talian ke akaun CIMB Bank atas nama Mohd Shah Rizal pada 31 Disember sekitar pukul 12.58 tengah hari.

“Selepas pemindahan tersebut barulah mangsa sedar dirinya telah ditipu dan kerugian dialami mangsa ialah RM5,500,” ujarnya.

Siasatan sedang dijalankan. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13013

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news