Polis tahan tukang gunting kerana disyaki rogol sepupu 0 6931

KUCHING: Seorang lelaki ditangkap kerana disyaki merogol sepupunya yang baharu berusia 15 tahun sejak akhir tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ng Ah Lek berkata suspek berusia 30 tahun itu ditangkap anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah semalam selepas laporan polis dibuat oleh pihak Hospital Umum Sarawak (HUS).

Ia susulan pemeriksaan terhadap mangsa yang mengadu sakit di bahagian alat sulitnya.

“Pegawai perubatan yang memeriksa mangsa mengesyaki dia telah dirogol dan kemudian terus melaporkan kepada polis.

“Siasatan awal polis membawa kepada penangkapan suspek berasal dari Kampung Kudei yang bekerja di sebuah kedai gunting rambut,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan upacara serah terima tugas Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, hari ini.

Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Sebanyak 10 kes rogol dicatatkan IPD Kuching sepanjang tahun lepas berbanding 15 kes bagi tahun sebelumnya. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13856

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13025

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news