Dr M tak setuju tangkapan ke atas pengkritiknya 0 5744

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan penangkapan seorang lelaki yang didakwa mengkritiknya dan mengarahkan pihak polis untuk mengkaji perkara itu.

β€œSaya tak bersetuju tindakan diambil kepada mereka yang mengkritik saya. Saya sudah maklumkan kepada pihak polis berkenaan ini. Undang-undang ini akan dikaji apabila parlimen bersidang kelak,” ciapnya di Twitter.

Mahathir turut melampirkan laporan Malaysiakini semalam, bertajuk β€œPolis tahan lelaki kerana hina Dr M” dengan tweet itu.

Ibu Pejabat Polis (IPD) Langkawi menerusi Facebook, semalam berkata suspek ditangkap berikutan laporan polis oleh beberapa NGO yang tidak berpuas hati dengan “penghinaan keterlaluan terhadap Mahathir dan agama Islam”.

Suspek turut ditahan reman sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Laman Facebook itu juga menggunakan hashtag #lessonlearn dan #berhemahketikaberbicara dalam hantarannya.

Pelbagai pihak, termasuk peguam dan ahli politik, dan anggota masyarakat sivil membidas tindakan pihak polisyang didakwa tidak wajar dilakukan di bawah kerajaan baru.

Tangkapan dan laporan polis terhadap mereka yang menghina pemimpin negara adalah perkara lumrah semasa pentadbiran BN yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Razak. – MK

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15425

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8421

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news