Fadillah harap projek pembangunan di Sarawak diteruskan kerajaan Pakatan Harapan 0 5475

KICHING: Satu daripada soalan yang bermain di kepala 2.7 juta penduduk Sarawak adalah tentang nasib projek pembangunan termasuk Lebuh Raya Pan Borneo yang dilalsanakan di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Adakah projek mega itu akan diteruskan oleh kerajaan Pakatan Harapan selepas menang pada pilihan raya umum 9 Mei lalu?

Bagi bekas Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, projek yang bakal memberi manfaat besar kepada rakyat itu perlu diteruskan.

“Kerajaan baharu yang dipimpin oleh Pakatan Harapan harus meneruskan apa juga projek yang dilaksanakan kerajaan terdahulu,” kata Fadillah.

Beliau berharap kerajaan Pakatan Harapan membantu kerajaan negeri meneruskan semua projek prasarana diteruskan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Bazar Ramadan Sukma Ria anjuran DBKU di sini semalam.

Namun demikian beliau mengakui sama ada projek terbabit diteruskan bergantung kepada kerajaan sekarang. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 12770

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 7985

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news