Dr M: Taraf Sabah, Sarawak tak sama dengan negeri lain 0 5744

Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan Perjanjian Malaysia 1963 antara kerajaan persekutuan dengan Sabah dan Sarawak perlu dinilai semula, bagi memberikan pembangunan dan autonomi yang lebih besar kepada dua negeri itu.

Beliau berkata, Sabah dan Sarawak memasuki perundingan penubuhan Malaysia sebagai kerajaan yang setara dan berbeza dengan negeri di semenanjung.

“Ketika kita berunding untuk penubuhan Malaysia, rundingan (antara) kerajaan Malaya dengan Sabah dan Sarawak.

“Tetapi apabila kita tubuhkan Malaysia, kita tidak menganggap Sabah dan Sarawak sebagai (rakan setara) tetapi seperti negeri yang sama taraf dengan Perlis, Kedah, Kelantan dan lain-lain.

“Jadi kita perlu kaji semula perjanjian ini (dan) beri mereka lebih kuasa untuk memastikan pembangunan di Sabah dan Sarawak lebih meningkat,” katanya dalam satu sesi siaran langsung di Facebook hari ini.

Beliau menjawab soalan penonton yang memintanya mengulas soal kemiskinan di kalangan masyarakat bumiputera di Sabah dan Sarawak dan kekurangan pembangunan di sana.

Dengan kuasa yang berpusat di Kuala Lumpur, katanya, kerajaan persekutuan tidak memberikan perhatian yang sewajarnya kepada dua negeri itu.

Beliau berkata, keadaan itu juga perlu diubah bagi menjamin pembangunan dan kedudukan sosioekonomi yang setara dengan semenanjung.

Sentimen negeri di Sabah dan Sarawak kian meningkat dalam beberapa tahun ini, malah ada beberapa pihak yang mencadangkan pemisahan dua negeri itu daripada persekutuan Malaysia.

BN dan HARAPAN memberi respon kepada sentimen itu dengan menjanjikan autonomi yang lebih besar kepada kerajaan negeri.

Dalam bahagian kedua manifesto HARAPAN Sarawak yang diumumkan Sabtu lalu, mereka berjanji untuk mengembalikan 50 peratus daripada kutipan cukai negeri itu, serta meningkatkan royalti minyak kepada 20 peratus.-Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14320

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8228

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news