Dr Teo Nafi cadang hapus status agama dalam myKad 0 5630

MIRI – Catatan laman sosial Facebook yang mendakwa wakil rakyat Parlimen Miri, Dr. Michael Teo Yu Keng akan membawa usul agar status agama dalam MyKad dihapuskan pada persidangan Parlimen adalah tidak benar.
Setiausaha Politik beliau yang juga Naib Ketua Wanita Kebangsaan PKR, Voon Shiak Ni berkata Pakatan Harapan tidak pernah berhasrat berbuat demikian dan menyifatkan paparan Facebook yang dipetik oleh sebuah tabloid berpangkalan di Semenanjung baru-baru ini sebagai berita palsu.

“Kami tidak pernah berhasrat mengubah status agama pada MyKad dan dokumen undang-undang lain. Ini adalah negara berbilang kaum, pelbagai agama dan kami menganjurkan sikap saling menghormati terhadap amalan beragama seluruh rakyat Malaysia seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Sehubungan itu beliau merayu agar netizen berhenti menularkan catatan tersebut kerana ia tidak berasas serta bukan berasal daripada laman Facebook rasmi Dr. Teo.

Orang ramai boleh dapatkan maklumat terkini daripada Facebook rasmi Dr. Teo menerusi PKR Parlimen Miri P.219, katanya.

Sementara itu, Dr. Teo yang turut hadir berkata tugas segera beliau ialah menambah baik perkhidmatan dan infrastruktur kesihatan di daerah ini selepas melawat Miri Polyclinic hari ini.

Katanya ada tiga isu segera yang perlu diselesaikan di poliklinik tersebut iaitu tempat letak kereta, agihan bekalan ubat-ubatan dan peralatan perubatan yang tidak mencukupi.

“Saya akan majukan kepada Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan pembiayaan,” katanya.

Menurut Dr. Teo masalah tempat letak kereta di poliklinik itu berterusan sejak lebih 20 tahun lalu manakala bekalan ubat-ubatan untuk pesakit pula dikurangkan daripada tiga bulan kepada sebulan oleh kerajaan sebelum ini yang memburukkan lagi masalah kesesakan di poliklinik tersebut memandangkan pesakit perlu datang setiap bulan untuk mengambil bekalan ubat mereka. – BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15340

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8410

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news