“Kenyataan Dari Dato’Idris Buang Mengenai Posting FB ADUN Pujut iaitu Dr Ting”
Posting yang dibuat di Facebook oleh Dr Ting tersebut adalah kenyataan oleh sesaorang yang tidak celik tentang budaya dan kesenian kaum melayu di Sarawak.
Perarakan menggunakan perahu membawa sesaorang pemimpin khas adalah satu budaya mereka di Kabong bagi menunjukkan betapa sayang,sukacita, gembira dan hormat mereka kepada sesiapa termasuk pemimpin -pemimpin yang mereka kagumi.
Justeru itu mereka berbuat demikian bagi menyambut ketibaan YAB KM DP Abang Jo beberapa hari lepas. Datuk Patinggi Abang Johari, sungguh “obliged” dan penuh hormat bersetuju dibawa atas perahu khas tersebut agar tidak menyinggung perasaan penduduk-penduduk tempatan.
Mereka mempunyai budaya bersifat halus dan berbudi bahasa tersebut turun termurun agar berterusan menjadi manusia yang berbudi pekerti. Sikap ini bertentangan dengan apa yang kita dapati dari Ting Tiong Choon, yang memberi komen menghina penduduk Kabong khususnya dan kaum melayu amnya, tanpa sebarang tanda sensitive.
Mungkin kesombongan dan keangkuhan yang terdapat bersama penghinaan dalam komen beliau tersebut didoronggi oleh perasaan jeles atau cemburu atau semata-mata menunjjukkan sikap saorang yang berniat jahat untuk merendah-rendahkan kaum berkenaan termasuk Ketua Menteri kita.
Inilah dia kebiadaban pemimpin DAP ini ya terlalu lama terdedah di Australia hingga memandang rendah budaya kaum di negeri sendiri. Bayangkanlah kalau dia menjadi Ketua Menteri bersikap biadab dan menghina budaya etnik
seperti ini , pasti dia tidak disambut dengan usungan perahu khas tetapi sebaliknya dihalau dengan penyapu.
Kami memerhati Ting ini sering menyerang kerajaan Negeri dan pemimpin-pemimpin GPS melakui posting FB beliau. Beliau telah menyalahguna media sosial ini untuk menyebar dakyah politik rakus DAP dari Malaya serta pemikiran dan budaya politik yang boleh memecah-belahkan keharmonian kaum dalam negeri Sarawak yang pelbagai kaum. Saya harap pihak polis memantau posting-Posting beliau dari masa ke semasa.
Dato’ Idris Buang
Ketua Penerangan
PBB Sarawak
22 Nov 2019