Kes remaja bawah umur salah guna dadah meningkat di Sarawak 0 6119

MIRI – Polis Sarawak akan meningkatkan program berkaitan kesedaran penyalahgunaan dadah di sekolah berikutan peningkatan kes tersebut melibatkan remaja bawah umur 18 tahun.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar M M Sree berkata, seramai 431 remaja bawah 18 tahun di Sarawak ditangkap kerana penyalahgunaan dadah dari Januari hingga Oktober tahun ini dengan 56 orang adalah pelajar.

“Pada tahun sebelumnya iaitu pada tahun 2017 hanya 31 orang remaja bawah umur 18 tahun ditangkap dan meningkat lagi pada tahun 2018 dengan 59 orang remaja ditangkap,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Remaja Bersatu Memerangi Jenayah di Sekolah Menengah Riam Road yang dirasmikan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin.

Dev Kumar berkata, peningkatan jumlah penahanan remaja bawah umur 18 tahun itu berikutan polis Sarawak pada tahun ini memberi fokus membanteras kegiatan tersebut hingga ke peringkat akar umbi.

Katanya, program tersebut perlu dimulakan dari peringkat sekolah mulai tahun hadapan untuk meningkatkan lagi kesedaran bahaya penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13857

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13026

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news