Ikan empurau bernilai RM40 ribu lesap di Agrofest 2019 0 6973

KUCHING: Sebanyak 10 ekor ikan empurau bernilai sekitar RM40,000 hilang dari gerai pameran di Sarawak AgroFest 2019 yang diadakan di Dataran Perayaan Stadium Negeri di sini, pada Jumaat.

Menurut sumber perkara tersebut disedari oleh kakitangan pameran ketika mahu membuka gerai tersebut sekitar jam 8 pagi.

“Mereka terkejut apabila mendapati hanya seekor ikan sahaja yang tinggal di dalam tong pameran sedangkan jumlah sebenar ialah 11 ekor untuk dipamerkan kepada umum.

“Kita percaya ikan itu sudah dicuri pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya di sini semalam.

Sementara Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

“Laporan telah dibuat oleh pengarah syarikat terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

Ikan empurau merupakan produk yang dipamerkan sempena Sarawak AgroFest 2019 yang membabitkan kira-kira 300 pempamer dari Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia.

Pameran itu adalah festival pertanian terbesar di negeri ini yang sudah memasuki edisi kedua dan bertemakan “Transformasi Pertanian Melalui Teknologi Pintar”. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13011

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news