Dua belas serbuan, tujuh tangkapan berhubung kes keracunan arak 0 5851

SHAH ALAM: Polis Selangor membuat 12serbuan dan tujuh tangkapan di sekitar Lembah Klang berhubung kes keracunan arak semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata operasi berkenaan dilakukan di premis kedai runcit di Bukit Kemuning, Taman Seri Muda dan Kampung Baru Subang, Seksyen U5 di Shah Alam; Taman Sri Gombak, Taman Daya dan Taman Sri Ehsan di Kuala Lumpur serta Bandar Rinching, Semenyih di Kajang.

Menurut beliau, tujuh individu yang merupakan pengusaha serta pekerja kedai runcit itu terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita iaitu dua warga tempatan,dua warga Myanmar serta tiga warga India kesemuanya berusia 40-an.

“Daripada serbuan itu jumlah rampasan sehingga kini adalah 1,030 botol wiski dan 1,767 tin bir pelbagai jenama termasuk Grand Royal Wiski, Mandalay Wiski, Valcano dan King Fisher.

“Tangkapan dan rampasan dibuat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Ketika ditanya kemungkinan kesemua premis terbabit memperoleh bekalan arakdaripada pembekal yang sama, Mazlan berkata perkara itu masih dalam siasatan.

Katanya, ketika serbuan juga terdapat beberapa premis kedai runcit tidak beroperasi.

“Selepas berita keracunan arak dilaporkan di media, beberapa kedai runcit terus ditutup mungkin kerana tidak mahu terlibat atau ingin lupuskan arak yang boleh kaitkan mereka dengan kesalahan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Mazlan berkata sehingga pukul 8 pagi tadi di Selangor, mangsa keracunan arak yang meninggal dunia mencecah 17 orang, 24 mangsa sedang dalam rawatan dan sembilan mangsa telah dibenarkan keluar hospital.

Katanya, mangsa yang meninggal dunia adalah seorang warga tempatan, tujuh warga Myanmar, dua warga Bangladesh, lima warga Nepal, seorang warga India dan seorang yang identiti tidak diketahui, berusia lingkungan 20-an ke awal 30-an.

Menurut beliau lagi, sehingga kini, polis masih menunggu laporan rasmi mengenai punca kematian mangsa daripada pihak hospital.

“Ekoran kejadian ini juga, pihak polis telahmengklasifikasikan semula kes daripada mati mengejut kepada Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan iaitu mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh orang.

“Seksyen ini membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau dengandenda atau kedua-duanya sekali. Sebanyak 17 kertas siasatan dibuka untuk tujuan ini,” katanya.- Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12895

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12188

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news