Henry Golding cipta sejarah, berlakon filem ketiga yang bertajuk “Last Christmas” 0 7634

KUALA LUMPUR – Selepas mencipta nama di Hollywood menerusi filem debut, Crazy Rich Asians, pelakon kelahiran Sarawak iaitu Henry Golding mencipta sejarah lagi apabila bakal muncul dengan filem baharu berjudul Last Christmas di samping bintang Game of Thrones, Emilia Clarke.

Melalui perkongsian di Instagram pelakon yang berasal asal Kuching Sarawak itu, beliau difahamkan sekali lagi bekerjasama dengan pengarah filem, Paul Feig yang merupakan sutradara filem A Simple Favor.

β€œSaya berbangga untuk berlakon sama dengan Emilia Clarke dalam filem Last Christmas arahan Paul Feig. London kami datang,” kongsi Henry, 31.

Aktres Britain yang juga pemenang Academy Awards, Emma Thompson bertindak sebagai penulis skrip dan juga penerbit bersama filem romantik berkenaan.

Sebelum filem Last Christmas, Henry telah berlakon dalam Crazy Rich Asians yang mengaut kutipan panggung sebanyak AS$ 188 juta (RM779 juta) sejak ditayangkan dan A Simple Favor yang kini sedang rancak ditayangkam dia Hollywood.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13437

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8134

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news