Dua beranak nyaris maut di Kampung Sungai Laru 0 7504

KUCHING: Dua beranak nyaris maut selepas berlaku letupan dipercayai akibat kebocoran pada tong gas petroleum cecair (LPG) di rumah mereka di Kampung Sungai Laru di sini, semalam.

Difahamkan, hanya dua mangsa yang berusia 48 dan 72 terbabit berada di rumah ketika kejadian sekitar jam 4 petang itu.

β€œKejadian dipercayai berpunca daripada kebocoron tong LPG yang mengakibatkan letupan di bahagian dapur rumah tersebut.

β€œIni menyebabkan dua penghuninya iaitu seorang lelaki bersama ayahnya mengalami kecederaan.

β€œKedua-dua mangsa selepas insiden tersebut segera mendapatkan bantuan daripada jiran mereka yang mengejarkan mereka ke Unit Kecemasan HUS untuk mendapatkan rawatan,” kata sumber.

Sehingga berita ini ditulis semalam, kedua-dua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan pihak bertanggungjawab.

Sementara itu di Sebuyau, Simunjan sebuah rumah dikatakan mengalami kerosakan di bahagian dapur selepas berlaku kebakaran sekitar jam 4 petang semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan hadir di lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran tersebut dan punca kebakaran masih dalam siasatan. Utusan borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14893

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8354

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news