KUCHING: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching pada Khamis berhasil menahan dua lelaki dipercayai “hantu dadah” susulan serbuan ke atas sebuah rumah di Stutong Baru di sini.
Ketua Polis Daerahnya, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat awam sekitar jam 12 tengah hari dan berjaya menahan seorang lelaki Cina berusia 29 tahun, dan lelaki Melayu berusia 18 tahun.
“Serbuan yang diketuai Inspektor Khairul Faiz Mohamad Zaini pada mulanya gagal mengesan sebarang kesalahan pada suspek, ketika pemeriksaan badan dilakukan.
“Namun pemeriksaan lanjut di lokasi menjumpai satu paket plastik lut sinar, yang di dalamnya terdapat sembilan paket plastik lut sinar lain, yang masing-masing mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 6.25 gram dan dua papan paket plastik mengandungi 20 biji pil disyaki Erimin 5.
Susulan penemuan itu kata Abang Ahmad, kedua-dua suspek dimaklumkan akan kesalahan mereka
“Saringan awal polis mendapati suspek pertama positif dadah jenis Methaphetamine,” katanya lagi.
Kes kata Abang Ahmad, siasatan terhadap kedua-dua suspek kini rancak dilakulan di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. — Sarawakvoice