Dua lelaki ditahan kerana terlibat dengan dadah di Lundu 0 7086

LUNDU: Polis menahan dua lelaki serta merampas dadah jenis syabu seberat 31.15-gram dalam serbuan ke atas sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Pueh, Sematan di Lundu HARI INI.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak, Superintenden Sahar Abdul Latif dalam kenyataan medianya menyebut, dalam serbuan pada pukul 11.45 pagi itu, suspek pertama yang berumur 31 tahun ditahan selepas dipercayaai aktif dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar Sematan dan Lundu sejak akhir tahun lepas.

Manakala suspek kedua yang berumur 28-tahun, ditahan ketika datang ke rumah berkenaan untuk membeli bekalan dadah daripada suspek pertama.

Beliau menambah hasil pemeriksaan di dalam sebuah bilik tidur rumah berkenaan, polis menjumpai satu paket plastik yang mengandungi sepuluh paket plastik lutsinar yang setiap satu mengandungi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu, sepuluh paket plastik lutsinar berwarna merah yang setiap satu paket mengandungi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dan lapan paket plastik lutsinar berwarna biru yang setiap satu paket mengandungi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

Manakala satu paket plastik lain mengandungi 12 paket lutsinar yang setiap satu mengandungi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dan satu lagi paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

Hasil ujian saringan awal air kencing ke atas kedua-dua suspek turut didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39 A, Kurungan Dua, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 Kurungan Satu Kurungan A, akta yang sama. – RTM SARAWAK

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12984

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12364

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news