Tradewinds tidak bertanggungjawab terhadap keselamatan orang kampung 0 6175

KUCHING: Tradewinds Plantation Bhd, syarikat ladang kelapa sawit di Simunjan, tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan ladang, pekerja dan kontraktornya dan tidak akan teragak-agak membuat laporan polis.

Malah, syarikat itu menegaskan tidak akan bertanggungjawab terhadap keselamatan penduduk kampung jika ada tindak balas dari pekerja ladang susulan kecederaan rakan sekerja pada Isnin lalu.

“Pekerja Tradewinds dari Indonesia, yang mencari nafkah halal mungkin akan terdorong untuk mengambil tindakan sendiri selepas mereka melihat seorang rakan senegara diserang, dan jika tiada pencegahan tegas dan siasatan diambil oleh pihak berkuasa untuk menyelesaikan perkara ini,” kata kenyataan Tradewinds hari ini.

Pada Isnin lepas, timbul kekecohan di ladang ekoran sekumpulan penduduk kampung dikatakan mencuri buah sawit.

Kenyataan itu turut mendakwa penduduk kampung turut menggunakan khidmat orang luar.

Tradewinds juga kesal kerana sebahagian daripada insiden ini disebabkan oleh keengganan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap penduduk yang terlibat dalam insiden itu.

Walaupun banyak laporan polis dibuat sebelum ini berhubung kecurian buah kelapa sawit, syarikat itu mendakwa tidak ada tindakan diambil bagi mengekangnya.

Tradewinds pada masa sama menegaskan operasi mereka di situ adalah sah di sisi undang-undang kerana isu pemilikan estet sudah diputuskan memihak kepada Tradewinds di Mahkamah. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12930

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12217

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news