Dua lelaki ditahan polis kerana membawa dadah di Bintulu 0 6755

BINTULU: Dua lelaki termasuk seorang warga asing ditahan bersama dadah disyaki syabu di sebuah kilang kosong, Jalan Nyigu di sini pada Isnin.

Tangkapan itu dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu sekitar pukul 1.50 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli berkata polis menjalankan pemeriksaan selepas mendapati gerak geri dua lelaki itu mencurigakan, menjumpai dadah jenis syabu dengan berat kasar 6.5 gram yang dianggarkan bernilai RM650.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan, polis menjumpai dadah yang disembunyikan di salah satu sudut dalam kilang berkenaan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, hasil ujian saringan air kencing mendapati dua lelaki itu positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

kes itu disiasat di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(2) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13415

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12887

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news