Larang atlit Israel ke Malaysia: Austria pula asak Dr Mahathir 0 5920

Selepas diasak wartawan Barat berhubung pendirian Malaysia yang melarang atlit Israel untuk menyertai Kejohanan Renang Para Dunia yang akan diadakan di Sarawak pada Julai ini, hari ini giliran pemimpinnya mengasak Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Terbaru, Canselor Republik Austria, Sebastian Kurz menimbulkan isu menyemai kebencian kepada bangsa Yahudi semasa pertemuan mereka di Vienna, semalam.

Peter Launsky-Tieffenthal, jurucakap bagi kerajaan Austria, menulis di The Jerusalem Post: “Selepas pertemuan itu, Canselor memberitahu wartawan Austria bahawa berhubung Israel dan antisemitisme, beliau dan rakan sejawatannya ‘jelas bertentangan pendapat ‘dan bahawa apa-apa bentuk antisemitisme di Malaysia dan di mana-mana sahaja adalah sesuatu yang ‘tidak boleh diterima.’

Katanya, canselor itu menyampaikan kepada Mahathir bahawa “Austria adalah dan tetap tanpa sebarang keraguan ‘sahabat dan rakan kepada Israel’ serta komited untuk melawan sebarang bentuk antisemitisme.”

Launsky-Tieffenthal seterusnya menulis, “Canselor Kurz menyambut Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad, untuk mesyuarat kerja di Canselori Persekutuan Austria. Selain membincangkan topik perhubungan dua hala, seperti kerjasama ekonomi, Chancellor Kurz mengambil kesempatan untuk membawa isu antisemitisme di Malaysia dan pendirian kerajaan terhadap Israel dan bangsa Yahudi.”

Lawatan kedua

Dr Mahathir kini dalam lawatan kerja selama tiga hari ke Austria untuk menghadiri dua forum antirasuah iaitu Persidangan Tahunan ke-10 dan Mesyuarat Agung Pertubuhan Pihak Berkuasa Pencegahan Rasuah Antarabangsa (IAACA) serta menyampaikan syarahan di International Anti Corruption Academy (IACA).

Ini merupakan lawatan kedua Dr Mahathir ke Austria dengan kali terakhir pada 1985 ketika menyandang jawatan perdana menteri keempat.

Dr Mahathir pada perbincangan Oxford Union, hujung minggu lalu, menekankan bahawa Israel tidak sepatutnya datang ke Malaysia memandangkan negara itu tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Ketika diasak secara terbuka oleh Presiden Oxford Union, Daniel Wilkinson, beliau berkata, Malaysia mempunyai hak untuk menutup sempadannya kepada sesetengah orang terutama mereka yang negara ini berpendapat melakukan banyak perkara yang salah.

Ditanya sama adakah adil untuk menghukum rakyat Israel berbanding kerajaan Israel, Perdana Menteri berkata, ia nampak seperti kebanyakan orang Israel menyokong pendirian yang diambil oleh kerajaan mereka.

Larangan Malaysia itu turut mengundang bantahan Jawatankuasa Olimpik Israel yang memberi tekanan berterusan kepada penganjur agar atlet mereka diberikan visa.

Kejohanan itu merupakan antara kejohanan kelayakan ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Walaupun dibidas dan dikeji oleh pemimpin Barat dan penyokong Israel, keputusan Malaysia dihargai oleh rakyat Palestin dengan mengibarkan Jalur Gemilang di sebuah stadium di Gaza. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13432

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12904

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news