Dua jaringan Salah bantu Liverpool benam Red Star 0 5848

LIVERPOOL, England: Mohamed Salah menjaringkan dua gol ketika Liverpool menewaskan Red Star Belgrade 4-0 dalam saingan Liga Juara-Juara Kumpulan C di Anfield awal pagi tadi seterusnya menghidupkan kembali peluang mara ke kelompok 16 terakhir.

Selepas kekalahan kepada Napoli dalam perlawanan sebelum ini, skuad kendalian Juergen Klopp bangkit dengan trio penyerang mereka sekali lagi memainkan peranan utama ketika Salah menjaringkan 50 gol buat kelab itu manakala Roberto Firmino dan Sadio Mane juga menemui sasaran.

Pemain Mesir itu tampak sudah menemui sentuhan pemusnahnya tahun lalu ketika dia mencipta 50 jaringan lebih pantas berbanding mana-mana pemain Liverpool dalam sejarah, melakukannya dalam 65 perlawanan -12 lebih pantas berbanding pemegang rekod sebelum ini, Albert Stubbins.

Red Star, kalah 6-1 di tangan Paris St Germain dalam perlawanan terakhir mereka dan tanpa sokongan ketika kelab itu melalui penggantungan kedua terhadap penyokong mereka, hanya sedikit menghadirkan ancaman.

Liverpool pula menunjukkan kualiti yang cukup baik untuk mengutip tiga mata dan ketika PSG dan Napoli seri 2-2, mereka ketika ini berkedudukan teratas kumpulan dengan enam mata, satu melebihi Napoli dan dua di depan juara Perancis itu.

“Apabila perlawanan kembali tenang, kami bermain bola sepak sebenar dan mencipta peluang, ia perlawanan yang amat bagus dan saya gembira,” kata Klopp. “Ia bola sepak yang bagus dan kami berhak menang.”

Salah pula sangat gembira dengan dua jaringannya itu. “Sungguh hebat, saya gembira dapat menjaringkan gol ke-50,” katanya.

“Kami tahu bagaimana beraksi sesama sendiri dan tahu kualiti kami,” katanya yang membentuk gandingan berbisa bersama Firmino dan Mane.

Firmino menjaringkan gol pertama Liverpool yang tewas di tangan Napoli dalam perlawanan sebelum ini, pada minit ke-20 dengan penyudah baik selepas hantaran baik Andy Robertson menemui pemain Brazil itu dalam kotak penalti.

Pemain antarabangsa Switzerland, Xherdan Shaqiri, tampak sibuk dan cukup kreatif memberi umpanan buat Salah seterusnya jaringan kedua Liverpool sebelum babak pertama berakhir dengan penyerang Mesir itu meledak dari luar kotak penalti.

Red Star hanya sedikit mengancam dan Liverpool melebarkan kelebihan enam minit selepas rehat apabila Filip Stojkovic menghalang cubaan Mane dengan tangan dan Salah menyudahkan penalti. – REUTERS

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7783

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5399

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news