Dua lelaki mengaku tidak bersalah aniaya kucing bunting sampai mati 0 8314

SELAYANG – Dua lelaki yang menjadi tular membunuh seekor kucing betina bunting dalam mesin pengering pakaian di sebuah dobi layan diri di Gombak minggu lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas pertuduhan menyebabkan penderitaan terhadap haiwan tersebut.

Kedua-dua tertuduh iaitu A.Mohanraj, 41, yang merupakan seorang pemandu teksi dan rakannya S.Satthiya, 26, yang bekerja sebagai juruteknik elektrik membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa telah dengan kejamnya menyebabkan penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap seekor kucing di premis Dobi Queen Self Services Laundry Taman Gombak Ria, Jalan Gombak Ria di sini antara pukul 12.54 pagi hingga 1 pagi pada 11 September lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (akta 772) yang boleh dihukum dibawah Seksyen 29(1) akta yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin menawarkan jaminan RM20,000 bagi setiap tertuduh.

Bagaimanapun kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam bela memohon jumlah jaminan itu dikurangkan dengan sebab kedua-duanya merupakan penanggung utama keluarga.

Selepas mendengar permohonam kedua-dua belah pihak Rasyihah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM18,000.

Mahkamah kemudian menetapkan 16 Oktober ini untuk sebutan semula kes. – K! ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12930

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12217

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news