Gagal elak lori keluar simpang, seorang penunggang motosikal maut di Sarikei 0 6402

SARIKEI: Akibat merempuh belakang sebuah lori menyebabkan seorang wanitayang juga merupakan pembuat roti, maut di lokasi kejadian dalam satu kemalangan yang berlaku di Kilometer 2, Jalan Repok dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sarikei Superintenden Awang Alfian Awang berkata, mangsa Lau Siew Pan, 40, disahkan meninggal dunia dilokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Sarikei yang turut berada di lokasi kejadian.

“Kejadian ini dipercayai berlaku sekitar jam 8.26 pagi, ketika mangsa sedang dalam perjalanan menuju ke pusat bandar.

“Siasatan awal mendapati, ketika kejadian lori terbabit keluar dari simpang setelah selesai mengisi minyak di sebuahstesen minyak berhampiran.

“Mangsa yang sedang bergerak lurus dipercayai tidak sempat mengelak dan memberhentikan motosikalnya sebelum merempuh bahagian belakang sebelah kanan lori terbabit,” katanya.

Sementara itu, katanya, pemandu lori yang berusia 42 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sarikei untuk proses selanjutnya dan kes terbabit telah disiasat di bawah Seksyen 41(1) (A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13941

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13098

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news