Dua maut, dua cedera kemalangan di simpang Batu Lintang di Sri Aman 0 6466

Sri Aman: Dua maut dan dua lagi dilaporkan cedera dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu Mitsubishi Triton dan Proton Waja yang dilaporkan bertembung dari arah bertentangan sekitar jam 1.40 petang semalam.

Menurut info awal dari pihak bomba, mangsa yang maut ditempat kejadian dikenali sebagai Patrick Tumba berusia 49 tahun yang memandu kereta Proton waja.

Manakala seorang lagi mangsa yang maut dikenali sebagai Alexander Jantom berusia 27 tahun. Mangsa dikatakan meninggal dunia semasa menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Sri Aman.

Setakat ini punca kemalangan masih lagi dalam siasatan dan dua lagi mangsa yang dilaporkan cedera telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan selanjutnya -Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13257

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12722

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news