Dua maut kemalangan babitkan kereta, bas ekspres di Saratok 0 3282

Mangsa tersepit dan mengalami kecederaan parah pada anggota badan.

SARATOK – Seorang lelaki dan wanita maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 57, Jalan Betong-Sarikei di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, dua mangsa yang disahkan meninggal dunia dikenali Luk Chung Hee, 48, dan Serafina Forrin Sabbas, 26.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, sebelum kejadian, kereta jenis Honda Accord yang dipandu oleh Chung Hee dikatakan sedang dalam perjalanan 
menuju ke Betong dari arah Sarikei di sini.

Bagaimanapun katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu oleh Chung Hee dikatakan tiba-tiba memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah bas ekspres dari Kalimantan Barat, Indonesia.

“Impak kemalangan itu telah mengakibatkan kedua-dua mangsa tersepit dan mengalami kecederaan parah pada anggota badan.

“Namun, pemandu bas ekspres bersama 14 penumpang lain tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Alexson menambah, siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku akibat kecuaian pemandu Honda Accord yang memasuki laluan bertentangan tanpa menyedari kehadiran sebuah bas di laluan berkenaan.

Katanya, keadaan jalan di tempat kejadian adalah berselekoh dan tiada lampu jalan. – K! ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15404

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news