70 peratus barangan turun harga sejak GST sifar 0 3108

SAIFUDDIN diiringi Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Mohd Nasir Ahmad ketika hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Media Prima Berhad di Kuala Lumpur. 

KUALA LUMPUR: Hampir 70 peratus barangan keperluan menyaksikan penurunan harga sejak kerajaan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar bermula 1 Jun lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata penurunan itu dikesan berdasarkan tinjauan kementeriannya antara 1 Jun hingga 30 Jun lalu.

Katanya, tinjauan membabitkan 417 barangan basah, kering, keperluan bayi dan lain-lain di 1,688 premis seluruh negara itu, mendapati berlaku penurunan harga antara 0.04 peratus hingga 13 peratus.

Baki 30 peratus daripada 417 barangan itu pula, Saifuddin berkata, sama ada harganya kekal atau berlaku peningkatan.

“Aduan orang ramai mengenai kenaikan harga barangan pula meningkat dengan mendadak selepas pelaksanaan GST berkadar sifar berbanding pada Mei.

“Bila dicerakinkan aduan itu, saya dapati 50 peratus daripadanya tertumpu pada kenaikan atau pengekalan harga di kedai makan dan minum seperti restoran, warung dan kafeteria.

“Saya baru menerima aduan itu semalam dan akan menelitinya, selain sudah mengarahkan pegawai memetakan lokasi 1,688 premis yang ditinjau untuk memastikan kesan aduan dan langkah kementerian mengurangkan harga barang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Media Prima Berhad (MPB) di sini, hari ini.

Ditanya sama ada beliau akan mengekalkan inisiatif kerajaan terdahulu seperti Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M 2.0), Saifuddin berkata, akan membuat keputusan sama ada meneruskan, menangguh atau menjenamakan semula selepas meneliti laporan pegawainya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan mengembangkan inisiatif KR1M 2.0 supaya lebih lebih kemas, cekap dan tersusun.

“Kedai ini satu keperluan dan ianya sudah pun wujud, namun teliti dahulu kerana 52 premis KR1M 2.0 ini letaknya bukan di seluruh negara, tapi tertumpu di dua, tiga negeri saja serta hanya membabitkan dua syarikat pelaksana,” katanya. BH Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13495

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8148

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news