Dua pemain Sarawak FA, satu bookie disyaki atur perlawanan Sarawak-Felcra United FC direman enam hari 0 5724

KUCHING: Dua pemain skuad Liga Premier Sarawak ditahan reman enam hari masing-masing pada pagi ini bagi membantu siasatan kes mengatur perlawanan pada aksi Sarawak-Felcra United FC pada Sabtu lalu.

Suspek, pemain pertahanan berusia 28 tahun dan pemain tengah berusia 30 tahun dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Pagi tadi perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Portia Tham Ong Leng, yang turut melibatkan seorang suspek lelaki lain dipercayai ‘bookie’.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 kerana meminta dan menerima suapan.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak lebih daripada RM50 ribu atau penjara tujuh tahun.

Ketiga-tiga suspek ditahan di lokap yang berbeza dan akan dihadapkan semula ke Mahkamah Khas Rasuah di sini pada 21 Februari.

Portal ini pagi tadi mendedahkan penahanan suspek yang merupakan, pemain anak tempatan yang telah berada dalam pasukan sejak dua musim lalu.

Mereka disyaki menjadi ‘dalang’ Sarawak tumpas 3-2, keputusan yang tidak dapat diterima akal kerana mendahului 2-0 untuk 84 minit masa perlawanan.

Susulan kekalahan tersebut, Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais telah mengarahkan pengurus pasukan, Kol (PA) Wahab Abdul Rahim melancarkan siasatan dalaman terhadap pasukannya.

Malah beliau juga meminta SPRM membantu menangani kes ini. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15227

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news