Masyarakat cina penting untuk kemakmuran Sarawak- Tun Abdul Taib Mahmud 0 5655

KUCHING: Masyarakat Cina memainkan peranan dalam pembangunan negara melalui kerja keras dan kerjasama dengan kaum-kaum lain berpandukan dasar yang baik daripada kerajaan.

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud berkata komuniti itu berjaya memanfaatkan pelbagai aktiviti ekonomi di negara ini dengan kaum-kaum lain bagi memakmurkan negara.

“Rakyat dapat menikmati hasil daripada kerja keras dan kejayaan setiap komuniti, melalui amalan komersial yang teratur dan lebih terancang. Masyarakat Cina, contohnya, telah dapat mewujudkan pelbagai usahasama perniagaan secara meluas,” kata beliau.

“Seperti yang dapat kita lihat, Sarawak mempunyai taburan peluang pekerjaan yang lebih teratur dan hubungan rapat antara semua kaum wujud,” kata beliau dalam perutusan sempena Tahun Baharu Cina yang dikeluarkan di sini semalam.

Taib berkata trend ke arah masyarakat yang lebih makmur, bukan sahaja akan memberi manfaat kepada sektor komersial tetapi juga semua peringkat masyarakat, ketika Sarawak menuju ke arah menjadi negeri maju dan aspirasinya sebagai negeri terkaya di negara ini menjelang tahun 2030.

 

“Tidak dinafikan, Malaysia secara keseluruhan akan menikmati hasil sumbangan rakyat yang akan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan untuk generasi muda,” kata beliau.

Beliau berkata semasa sambutan Tahun Baharu Cina, apabila beliau diberikan peluang untuk bertemu rakyat, beliau selalu akan bercakap tentang kejayaan semua kaum termasuk komuniti Cina memandangkan mereka memahami agenda untuk menjadi negeri maju menjelang 2030.

“Kita telah meletakkan negara di landasan ke arah pembangunan ekonomi dan transformasi pembangunan melibatkan semua kaum. Selamat Tahun Baharu kepada rakan-rakan saya dari kaum Cina dan bukan kaum Cina yang meraikannya dengan cara sama seperti masyarakat Cina menyambutnya di Sarawak,” kata beliau.– BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13189

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8104

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news