Dua rumah terbakar di Sarikei, penghuni tinggal sehelai sepinggang 0 5868

SARIKEI : Dua rumah musnah menyebabkan penghuninya tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran di Jalan Pengiran Kader di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei,Suna Kaha berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam itu, mengakibatkan kedua-dua  rumah papan berkenaan musnah sepenuhnya.

Katanya, seramai 12 anggota bersama sebuah jentera bomba dan sebuah ambulans paramedik dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran.

“Anggota Bomba yang tiba di lokasi bertindak memadamkan kebakaran tersebut menggunakan sumber air dari jentera.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.08 malam manakala, operasi tamat pada jam 10.44 malam. Semasa kejadian tidak ada penghuni di dalamnya,” katanya kepada media.

Beliau berkata, kebakaran bermula daripada  sebuah rumah PPRT berhampiran sebelum merebak dan meranapkan rumah bersebelahan yang jaraknya enam kaki sahaja.

“Hasil tinjauan susulan, tidak ada mangsa cedera atau meninggal dunia.

“Bagaimanapun, kita masih melakukan siasatan terperinci bagi mengenalpasi punca sebenar,” katanya. – Jiwa Bakti

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15402

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8418

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news