Eksport babi meningkat RM415 juta pada 2030 0 6161

KUCHING: Sarawak pada tahun lepas mengeksport 40,000 babi hidup bernilai RM45 juta ke Singapura.

Nilai eksport ini dijangka meningkat kepada RM415 juta menjelang 2030, menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah di sini semalam.

Beliau ditemuramah oleh wartawan televisyen daripada konglomerat media terbesar Singapura, Mediacorp Pte.Ltd, di pejabatnya di sini semalam.

Uggah berkata kini Sarawak telah menjadi perintis Kawasan Penternakan Babi (PFA) di Pasir Putih berhampiran Simunjan.

“Kami telah memindahkan sekitar 66 ladang babi komersial individu ke kawasan itu pada 2016.

“Ladang berkenaan adalah ladang yang sangat moden di mana sistem biokeselamatan dan sistem pengurusan sisa yang ketat diguna pakai pada masa kini,” kata Uggah yang juga merupakan Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah.

Di samping itu, katanya terdapat keperluan pensijilan MyGap untuk ladang dan HACCP dan VHM (Veterinari Health Mark) untuk rumah penyembelihan.

Beliau menambah, kerajaan berharap dapat melaksana PFA ini di wilayah tengah dan utara Sarawak.

Beliau berkata terdapat 33 ladang babi di kedua-dua kawasan tersebut.

Uggah turut menyatakan bahawa Singapura membenarkan import babi hidup dari Sarawak kerana Singapura adalah antara beberapa negara di rantau ini yang bebas daripada penyakit kaki dan mulut. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13435

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12905

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news