Elak terpengaruh sentimen S4S mahu pisah Sarawak dari Semenanjung – Wong King Wei 0 5723

KUCHING: Rakyat negeri ini disaran untuktidak terpengaruh dengan sentimen dibawakan oleh gerakan Sarawak For Sarawakian (S4S) yang cuba memisahkan Sarawak daripada Semenanjung Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan Wong King Wei berkata, sentimen atau agenda S4S disalah guna oleh sekumpulan ahli politik.

“Sentimen S4S telah disalah guna oleh sekumpulan ahli politik yang mempunyai motif tidak baik disebaliknya.

“Ia cuba memisahkan atau memecah belahkan Sarawak dengan Semenanjung sedangkan kita adalah rakyat Sarawak dan pada masa yang sama kita juga rakyat Malaysia,” katanya berucap melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat Negeri 2018 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak yang dihadiri Pengarahnya Abang Sardon Abang Hashim di Sekolah Kebangsaan (SK) Lumba Kuda di sini, hari ini.

Tambah Wong, perlu diingatkan bahawa Malaysia merupakan negara kepada rakyat Sarawak, dan Sarawak merupakan sebahagian daripada Malaysia.

“Kita dapat melihat bagaimana mereka (S4S) memainkan propaganda atau agenda yang tidak seharusnya kita teruskan serta perlu dihentikan.

“Mengapa sekumpulan politik tertentu ini mahukan sentimen itu? Kerana mereka mempunyai motif disebaliknya,” tegas Wong.

Katanya lagi, kumpulan itu berbuat demikian dengan menggunakan alasan bahawa Semenanjung Malaysia menindas Sarawak, sebagai usaha melindungi isu rasuah yang berlaku. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13563

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8158

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news