Empat kanak-kanak lari dikhuatiri hilang selepas merajuk di Simunjan ditemui selamat 0 5870

SIMUNJAN: Merajuk selepas dimarahi kerana mandi kolam menyebabkan empat kanak-kanak berusia 10 hingga 14 tahun melarikan diri dari rumah semalam, dipercayai menuju ke hutan berhampiran.

Cemas akan kehilangan mereka, ibu bapa masing-masing kanak-kanak ini kemudian membuat laporan polis, yang kemudian memanjangkannya kepada pihak bomba.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima laporan kecemasan sekitar jam 8.23 pagi tadi daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Simunjan.

“Balai Bomba dan Penyelamat Simunjan kemudian mengatur gerak sebuah Toyota Hilux dan tiga anggota menuju ke lokasi di Kampung Telagus di sini, untuk mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Siasatan awal mendapati keempat-empat mereka menghilangkan diri sejak semalam selepas dimarahi keluarga kerana mandi kolam.

Ketika operasi sedang berlangsung, kata Ling Hii, seorang penduduk yang bekerja di kilang sawit berdekatan telah menghubungi salah seorang ibu mangsa dan memberitahu kesemua mereka selamat dan telah bermalam di kuarters pekerja di situ.

“Mereka bermalam di salah sebuah rumah mangsa, yang ibunya bekerja di kilang berkenaan yang terletak di jalan utama, kira-kira 12 kilometer dari kampung tersebut.

“Sejurus menerima maklumat, masing-masing ibu bapa kemudian menjemput anak mereka pulang dan kesemua mangsa disahkan selamat.

Operasi SAR yang dimulakan pada jam 8.30 pagi sebelumnya, dengan dianggotai sepuluh anggota kemudian ditamatkan pada jam 12.30 tengah hari tadi, katanya lagi. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15431

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news