Empat pelajar SMK Dato Permaisuri Miri cedera, lantai di tempat menunggu runtuh 0 6280

MIRI: Empat pelajar sesi petang di SMK Dato Permaisuri di sini berhadapan pengalaman getir semalam apabila lantai tempat mereka menunggu ibu bapa masing-masing di luar sekolah runtuh.

Keempat-empat pelajar tersebut telah terjatuh ke dalam parit sedalam dua meter dan mengalami kecederaan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Miri, Kapten (PA) Mohd Hazle Shah Abdul Hamid ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.22 petang dan sepasukan tiga anggota segera diatur gerak ke lokasi.

“Setibanya mereka di lokasi 11 minit kemudian, pasukan segera memeriksa keadaan empat mangsa yang cedera.

Menurut anggota APM yang kebetulan berada di lokasi, kesemua mangsa telah diselamatkan oleh orang awam, yang bertindak memindahkan mereka ke tempat selamat.

Selesai rawatan awal, katanya, keempat-empat mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13851

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8168

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news