Empat sekeluarga diikat sebelum perompak larikan sarang burung 0 6449

MIRI: Dua kilogram sarang burung didakwa dirompak dari kilang pemprosesan sarang burung berhampiran Jalan Pantai Bekenu di sini.
Menurut sumber, kejadian yang melibatkan lima pencuri bersenjata dan bertopeng berlaku sekitar pukul 11 malam tadi.

“Lima orang bertopeng yang bersenjatakan pisau telah memasuki rumah yang terletak kira-kira 200 meter dari jalan utama di sebelah kilang pemprosesan sarang burung.

“Mereka turut menyerang empat sekeluarga dipercayai pekerja kilang sebelum mengikat mereka menggunakan tali,” kata sumber itu.

Setelah mereka gagal mencari kunci kilang, pencuri menggunakan batang besi untuk memecah masuk ke dalam kilang itu dengan membuat lubang di dinding yang sudah usang.
“Dianggarkan dua kilogram sarang burung dicuri,” tambah sumber itu.

Keluarga yang berjaya melarikan diri dari tali itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Bekenu pagi tadi.

Sementara itu Ketua Polis Daerah (KPD) Miri Assisten Komisioner Polis (AC) Lim Meng Seah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13938

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13095

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news