Kerajaan negeri jumpa SPRM dalam masa terdekat untuk dapat nasihat 0 6371

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyambut baik nasihat daripada badan anti rasuah negara untuk mencari penyelesaian terbaik bagi membuktikan bahawa proses tender terbuka dan jawatankuasa penganugerahan projek di negeri ini bebas dari rasuah.

Sehubungan itu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberitahu mereka akan berjumpa dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat ini untuk mendapat nasihat.

“Kita akan berjumpa dengan SPRM dalam masa terdekat ini untuk mendapatkan nasihat,” ujarnya ringkas menerusi pesanan Whatsapp kepada Borneo Post Online ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Pengarah SPRM Sarawak, Razim Mohd Noor berhubung perkara ini.

Razim dalam kenyataan baru-baru ini berkata SPRM Sarawak mungkin tidak dapat menyertai mesyuarat lembaga tender kerana ia boleh menyebabkan neutraliti agensi anti rasuah tersebut dipersoalkan.

Razim turut berkata akan menjelaskan kepada Ketua Menteri dan membuat cadangan mengenai cara terbaik untuk berurusan dengan situasi ini.

Sementara itu, Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasadih Sayeed Aman Ghazali menjelaskan bahawa Sarawak tidak menyorokkan apa-apa dan mahu mewujudkan pentabdiran baik dengan membawa masuk pemerhati ke mesyuarat tender.

“Kami mahu SPRM terlibat kerana pembangkang menggambarkan imej bahawa kita adalah rasuah .

Jadi Ketua Menteri memikirkan membawa masuk SPRM dan ketua audit,” katanya. Jelas Hasidah lagi, SPRM tidak perlu bimbang mengenai sama ada integriti mereka akan dikompromi dengan menyertai mesyuarat ini jika mereka bersungguh mahu memerangi rasuah danmencegah salah guna kuasa.

“Ini adalah mengenai cuba untuk melihat perkara dilakukan dengan baik dari mula. Saya tidak melihat sebarang masalah mereka terlibat dalam mesyuarat.

Jika SPRM ada di sana, mereka boleh mengatakan perkara ini salah, perkara ini betul,” katanya. Tambah Hasidah lagi, Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kini berdepan dengan gabungan pembangkang yang cuba menyerang intergriti kerajaan dengan menimbulkan perang persepsi.

“Kita berdepan dengan pembangkang yang cuba menimbulkan gambaran burukkerajaan sekarang terutama Ketua Menteri. Ketua Menteri adalah individu yang sangat bersih.

“Pembangkang cuba untuk menimbulkan persepsi salah bahawa Kerajaan GPS adalah rasuah. Untuk memastikan perkara adalah betul dari mula, itu lah sebab mengapa kami meminta SPRM untuk menyertai kami dalam mesyuarat tender,” katanya.

Hasidah dalam pada itu berharap SPRM akan dapat terlibat dalam mesyuarat lembaga tender ini dan membantu kerajaan untuk menyemak prosedur, menghentikan apa yang salah dan membuat cadangan jika perlu.

Jika SPRM benar-benar mahu memerangi rasuah, mereka mesti bersedia untuk duduk dalam mesyuarat lembaga tender, jelas Hasidah. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13857

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13026

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news